ad
PBT

MBPJ tubuh pasukan khas perangi denggi, tujuh lokasi risiko dikenal pasti

24 Mei 2024, 12:30 AM
MBPJ tubuh pasukan khas perangi denggi, tujuh lokasi risiko dikenal pasti

PETALING JAYA, 23 MEI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menubuhkan pasukan khas perangi denggi susulan peningkatan kes di kawasan pentadbirannya.

Datuk bandar berkata tujuh lokasi panas dikenal pasti memerlukan pemantauan selain mempergiatkan usaha melaksanakan gotong-royong serta memusnah tempat pembiakan nyamuk.

“Tumpuan diberikan kepada kawasan berisiko menjadi tempat takungan aedes seperti kebun komuniti yang tidak berdaftar, longkang tersumbat dan longgokan sampah.

“Pemilik premis boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” kata Mohamad Zahri Samingon pada sidang media selepas Program 100 Hari Pertama Datuk Bandar Santuni Warga Petaling Jaya di Dewan Banquet MBPJ di sini semalam,

Beliau berkata pihaknya turut bekerjasama dengan pejabat kesihatan daerah, ahli majlis dan penduduk untuk menjalani aktiviti kawalan denggi.

"Kita akan meningkatkan usaha menyampaikan mesej untuk mengubah sikap dan pemikiran masyarakat mengenai kepentingan membersihkan tempat pembiakan aedes,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.