ad
AGENDA

Festival turath himpun lebih 20 tokoh ulama, agamawan, akademik empat negara

22 Mei 2024, 9:00 AM
Festival turath himpun lebih 20 tokoh ulama, agamawan, akademik empat negara
Festival turath himpun lebih 20 tokoh ulama, agamawan, akademik empat negara
Festival turath himpun lebih 20 tokoh ulama, agamawan, akademik empat negara

SHAH ALAM, 22 MEI: Tokoh ulama dan cendekiawan tiga negara bakal mengupas Kitab Riyadhu as-Salihin karangan Imam an-Nawawi, dalam Festival Turath Islami Selangor.

Pengarah Sekretariatnya Farhan Affandi berkata kitab menghimpunkan 1,896 hadis Rasulullah SAW mencakupi aspek kehidupan Muslim antaranya kepercayaan, perilaku, adab dan tatacara ibadat.

Katanya, kupasan dibuat pimpinan Pondok Pesantren Al Fachriyah Habib Jindan bin Novel bin Salim Jindan, Penyandang Kerusi Al-Ghazali ISTAC-IIUM Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dan Syeikh Ruwaq Jawi Syeikh Hairul Nizam Mat Husin.

“Seminar juga diisi sesi khas antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Mufti Besar Mesir Prof Dr Ali Jum’ah Muhammad Abdul Wahab dan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

[caption id="attachment_632889" align="alignleft" width="435"] Farhan Affandi[/caption]

“Ketiga-tiga tokoh tersebut bakal berbincang tentang Imam an-Nawawi dan Kitab Riyadhu as-Salihin,” katanya kepada Selangorkini.

Seminar Penghayatan Riyadhu as-Salihin dibuka dalam lima sesi di Dewan Orkid, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini mulai 1 hingga 2 Jun.

Festival anjuran Kerajaan Selangor mulai 26 Mei hingga 2 Jun itu menampilkan lebih 20 ulama terkenal, tokoh agamawan dan akademik dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura.

Maklumat lanjut boleh dicapai melalui laman web www.turathislamiselangor.com atau Facebook Festival Turath Islami Selangor.

[caption id="attachment_598135" align="aligncenter" width="886"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Festival Turath Islami Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 20 Mei 2023 . Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.