ad
EXCO

Selangor mahu jalin kerjasama dengan majlis sukan Korea Selatan

21 Mei 2024, 10:57 AM
Selangor mahu jalin kerjasama dengan majlis sukan Korea Selatan

SHAH ALAM, 21 MEI: Kerajaan Selangor mahu meningkatkan kerjasama dalam program latihan dan pembangunan atlet dengan Korea Selatan.

EXCO sukan berkata hasrat itu disuarakan dalam sesi pertemuan dua hala bersama Pengerusi Majlis Sukan Gyeonggi-Do, Lee Won Sung minggu lalu.

"Delegasi kami turut dibawa melawat Pusat Sains Sukan Gyeonggi-Do untuk meninjau kemudahan serta peralatan kecergasan yang disediakan di sini," tulis Najwan Halimi di X.

Menurut Najwan, lawatan delegasi Kerajaan Negeri ke negara itu turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Haris Kasim dan Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Mohamad Nizam Marjugi.

Pada 19 Februari lalu, Selangor memeterai kerjasama dengan agensi tersebut disusuli empat atlet angkat berat dan tenpin bowling menyertai Festival Sukan Gyeonggi-do yang berlangsung pada 9 hingga 11 Mei lalu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.