ad
ADN

Jom sertai saringan kesihatan percuma Sabtu ini, daftar di aplikasi SELangkah

21 Mei 2024, 5:31 AM
Jom sertai saringan kesihatan percuma Sabtu ini, daftar di aplikasi SELangkah
Jom sertai saringan kesihatan percuma Sabtu ini, daftar di aplikasi SELangkah

SHAH ALAM, 21 MEI : Orang ramai khususnya penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya dipelawa hadir ke program Selangor Saring pada Sabtu ini.

EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin berkata inisiatif pemeriksaan kesihatan percuma itu diadakan di Dewan MPAJ Tasik Tambahan, Ampang, dari 9 pagi hingga 3 petang.

"Jom ramai-ramai berkunjung ke lokasi program saringan kesihatan di kawasan Lembah Jaya. Ambil peluang ini untuk melakukan saringan kesihatan percuma untuk fizikal, darah, urin, kanser, mata, gigi dan lain-lain.

“Anda digalak membuat pra pendaftaran menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) kerana penilaian faktor risiko setiap individu melalui borang saringan awal di aplikasi tersebut.

“Hubungi Selcare di talian 1800226600 jika mengalami sebarang masalah berkaitan pendaftaran,” katanya menerusi Facebook.

Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2024, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM3.2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma.

Program diperkenal bagi membantu penduduk mengesan penyakit lebih awal dengan menyasar individu mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.