ad
AGENDA

Hampir 600 tan bantuan kemanusiaan dihantar melalui jeti sementara ke Gaza

21 Mei 2024, 4:50 AM
Hampir 600 tan bantuan kemanusiaan dihantar melalui jeti sementara ke Gaza

WASHINGTON, 21 MEI: Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan telah dihantar melalui jeti sementara ke Gaza sejak ia mula beroperasi minggu lepas, kata Komando Pusat AS (CENTCOM) pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.

"Amerika Syarikat, United Kingdom, UAE, Kesatuan Eropah dan banyak lagi rakan kongsi telah menyumbangkan bantuan kemanusiaan ini," kata CENTCOM di X.

Menurut CENTCOM, jeti itu adalah penyelesaian sementara untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi memenuhi keperluan mendesak rakyat Palestin.

Pada 17 Mei, trak yang membawa bantuan kemanusiaan mula bergerak ke darat melalui jeti sementara itu di Semenanjung Gaza.

-- BERNAMA-ANADOLU

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.