ad
AGENSI

Tengku Permaisuri Selangor berkenan sampaikan sijil kepada ahli Pandu Puteri

20 Mei 2024, 6:02 AM
Tengku Permaisuri Selangor berkenan sampaikan sijil kepada ahli Pandu Puteri

SHAH ALAM, 20 MEI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Anugerah Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor 2024.

Menerusi Facebook rasmi Selangor Royal Office, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan mencemar duli ke majlis yang diadakan di Petaling Jaya.

Keberangkatan tiba baginda disambut Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor, Yang Amat Mulia Tengku Puan Panglima Raja Selangor Tunku Irinah Almarhum Tuanku Jaafar.

Baginda yang juga Penaung Diraja kepada persatuan itu berkenan menyampaikan sijil dan anugerah kepada ahli Pandu Puteri yang tampil dengan prestasi memberangsangkan sepanjang tahun.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.