ad
AGENDA

Tiada mangsa terselamat dalam nahas helikopter yang bawa presiden Iran

20 Mei 2024, 4:41 AM
Tiada mangsa terselamat dalam nahas helikopter yang bawa presiden Iran

TEHRAN, 20 MEI: Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah Iran (IRCS) Pir-Hossein Kolivand menyatakan bahawa tiada mangsa selamat ditemukan di lokasi helikopter terhempas di barat laut Iran yang membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi.

"Tiada kesan mangsa terselamat dilihat selepas penemuan lokasi helikopter yang terhempas," kata Agensi Berita Republik Islam (IRNA) memetik Kolivand pada awal Isnin dalam temu bual dengan agensi berita Tasnim.

Kolivand mendedahkan pada awal pada hari itu bahawa lokasi kemalangan yang melibatkan Presiden Raisi dan pegawai kanan yang menemaninya telah ditemukan selepas berjam-jam pencarian meluas di kawasan pergunungan di wilayah Azerbaijan Timur.

Helikopter Raisi terhempas pada petang Ahad di kawasan Varzaqan ketika beliau dalam penerbangan pulang bersama Menteri Luar Hossein Amirabdollahian dan beberapa individu lain daripada upacara perasmian empangan di sempadan Iran dan Azerbaijan.

- BERNAMA-IRNA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.