SHAH ALAM, 19 MEI: Orang ramai dipelawa merasai pengalaman menanam padi dan menggagau ikan di Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) pada 1 Jun depan.
TBNSA memaklumkan program di Laman Padi itu terbuka kepada orang awam tanpa mengira had umur dengan syarat sihat tubuh badan dan tidak mempunyai masalah kesihatan.
“Ingin merasai pengalaman menanam padi dan menggagau ikan? Jom turun bendang di TBNSA pada 1 Jun untuk sertai Program Tanam Padi dan Gagau Ikan,” katanya menerusi Facebook.
Bayaran penyertaan bagi setiap aktiviti adalah RM20 bagi dewasa manakala RM15 kepada kanak-kanak.
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut hubungi 03-55106923. Pendaftran boleh dibuat menerusi pautan berikut https://forms.gle/Kvu5g3rcy6G9w6Fb7.