ad
AGENDA

MB: Pendapat, keperluan anak muda diambil kira dalam rancangan pembangunan

19 Mei 2024, 8:41 AM
MB: Pendapat, keperluan anak muda diambil kira dalam rancangan pembangunan
MB: Pendapat, keperluan anak muda diambil kira dalam rancangan pembangunan
MB: Pendapat, keperluan anak muda diambil kira dalam rancangan pembangunan
MB: Pendapat, keperluan anak muda diambil kira dalam rancangan pembangunan

HULU SELANGOR, 19 MEI: Pentadbiran negeri sentiasa mengambil kira pandangan golongan muda dalam rancangan pembangunan dengan mengadakan sesi libat urus bersama persatuan dan kelab belia.

Dato' Menteri Besar berkata pendekatan itu untuk memahami kemahuan serta akal fikiran anak muda demi memastikan pembangunan negeri berjalan lancar, terutama dalam fasa pemulihan susulan krisis Covid-19.

"Keluh kesah golongan muda selain pandangan mereka terhadap kerajaan sentiasa diambil kira bagi memastikan rancangan pembangunan negeri berjalan lancar.

"Pentadbiran ini tidak akan berdiam diri sebaliknya turun pandang bertemu generasi muda. Kita banyakkan sesi dialog untuk tahu kefahaman, kegelisahan anak muda.

“Kita mahu beri harapan baharu dan atasi kegelisahan mereka dengan tuntas kerana kita yakin pentadbiran negeri akan terus menampilkan kelompok ini untuk memimpin,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berucap merasmikan majlis penutup sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri yang bertemakan Yakin Boleh di Institut Kemahiran Belia Negara Pertak di sini hari ini.

[caption id="attachment_643627" align="aligncenter" width="700"] . Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) melakukan simbolik perasmian pada Hari Belia Negara 2024 peringkat Selangor di IKBN Peretak, Kuala Kubu Baru pada 19 Mei 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Sementara itu presiden Majlis Belia Selangor berkata lebih 2,000 peserta terlibat dengan sambutan berkenaan yang diadakan tiga hari bermula Jumaat lalu.

Jelas Datuk Imran Tamrin, selain pengisian lebih 20 program yang menerapkan elemen Yakin Boleh, sambutan turut menawarkan 3,000 peluang kerjaya menerusi karnival anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Kita mulakan dengan program selawat perdana. Semua program dianjur melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk Sukarelawan Selangor (Serve) dan Penggerak Belia Selangor.

“Program turut mengiktiraf belia dan kelab sert persatuan belia yang menunjukkan kecemerlangan,” katanya.

[caption id="attachment_643602" align="aligncenter" width="700"] Sebahagian belia tidak melepaskan peluang berswafoto bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada Hari Belia Negara 2024 peringkat Selangor di IKBN Peretak, Kuala Kubu Baru pada 19 Mei 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_643638" align="aligncenter" width="700"] Sebahagian belia tidak melepaskan peluang berswafoto bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada Hari Belia Negara 2024 peringkat Selangor di IKBN Peretak, Kuala Kubu Baru pada 19 Mei 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.