ad
BERITA UTAMA

128 warga kerja MBDK terima anugerah cemerlang, 40 pesara dirai

17 Mei 2024, 11:50 PM
128 warga kerja MBDK terima anugerah cemerlang, 40 pesara dirai

KLANG, 18 MEI: Seramai 128 warga kerja Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023 dalam majlis yang diadakan di Dewan Hamzah di sini semalam.

Anugerah disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Dato' Johary Anuar. Turut diraikan dalam majlis tersebut 40 bekas kakitangan MBDK yang bersara pada tahun lalu.

Johary dalam ucapannya memaklumkan sesebuah pihak berkuasa tempatan perlu memainkan peranan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Menurut beliau, MBDK perlu terus mempamerkan kecemerlangan kerana Klang mempunyai banyak potensi pembangunan yang boleh diketengahkan seperti bandaraya pelabuhan.

"Ini peluang yang perlu diambil MBDK supaya pembangunan di persekitaran dapat menjadi pemangkin serta membantu meningkatkan hasil.

"Peranan semua (warga kerja) membantu menyumbang kepada pembangunan negeri," katanya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sanjungan Budi MBDK 2023.

Pada masa sama, beliau turut mengucapkan tahniah kepada penerima anugerah cemerlang dan berharap menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan kecemerlangan.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.