ad
AGENDA

Pesta buku KL: Pavilion Selangor saji aktiviti menarik, maklumat inisiatif negeri

16 Mei 2024, 2:00 PM
Pesta buku KL: Pavilion Selangor saji aktiviti menarik, maklumat inisiatif negeri
Pesta buku KL: Pavilion Selangor saji aktiviti menarik, maklumat inisiatif negeri
Pesta buku KL: Pavilion Selangor saji aktiviti menarik, maklumat inisiatif negeri

SHAH ALAM, 16 MEI: Pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) dipelawa singgah ke Pavilion Selangor bagi mendapatkan pelbagai maklumat berkenaan inisiatif Kerajaan Negeri mulai 24 Mei.

Menurut Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) pelbagai aktiviti menarik turut disajikan di reruai Pavilion Selangor di aras tiga Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

“Selangor dijemput sekali lagi sebagai salah satu pempamer di PBAKL 2024.

“Temui rakan agensi kami di Pavilion Selangor dan dapatkan maklumat, khidmat nasihat serta program terkini berkaitan agenda Selangor Maju Bersama,” katanya di Facebook.

PBAKL 2024 yang berlangsung sehingga 2 Jun diadakan secara hidbrid iaitu bersemuka dan dalam talian dalam usaha memartabatkan buku sebagai sumber ilmu pengetahuan.

Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) yang menerima geran Kerajaan Negeri yang giat menerbitkan buku terjemahan pelbagai genre akan turut berada di PBAKL 2024 dengan menawarkan lebih 80 judul buku terbitannya.

Pembeli buku terbitan IBDE bakal menikmati diskaun antara 10 hingga 20 peratus bagi setiap pembelian selain berpeluang memenangi cabutan bertuah dan hadiah istimewa.

[caption id="attachment_617090" align="aligncenter" width="755"] Orang ramai melihat koleksi buku terbitan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) di Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 2 Disember 2023.. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.