ad
AGENSI

Pesta buku KL: Peluang dapatkan karya terlaris IBDE mulai 24 Mei

15 Mei 2024, 3:30 AM
Pesta buku KL: Peluang dapatkan karya terlaris IBDE mulai 24 Mei
Pesta buku KL: Peluang dapatkan karya terlaris IBDE mulai 24 Mei

SHAH ALAM, 15 MEI: Orang ramai berpeluang mendapatkan karya terlaris Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) mulai 24 Mei.

Diterjemahkan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE), lebih 80 judul buku bakal dijual termasuk Gelagat dan Ragam Orang Melayu, dan Memelihara Jiwa: Petua Daripada Tabib Kurun ke-9.

Menurut eksekutif jualan dan pemasaran IBDE, naskhah baharu turut ditawarkan termasuklah Manusia Asuhan Rusa, Kepada Rumah Api dan 40 Hadis Imam Nawawi: Sebuah Huraian Untuk Dunia Semasa.

“Kira-kira 15,000 hingga 20,000 buku daripada lebih 80 judul ditawarkan kepada pengunjung sepanjang 10 hari pesta,” kata Mohammad Hakim Mohammad Hood ketika dihubungi.

Dibantu dana Kerajaan Negeri, IBDE kini bekerjasama dengan Media Selangor Sdn Bhd selepas Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor untuk menjayakan projek terjemahan karya dunia bawah Siri Pencerahan Selangor sejak 2016.

[caption id="attachment_492174" align="aligncenter" width="691"] Interview IBDE Buku Muhammad Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal[/caption]

Terjemahan 20 jilid kitab utama Imam al-Ghazali, Ihya Ulumuddin, dijayakan dengan sokongan dana Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI sejak 2023. Setakat ini lima jilid sudah diterbitkan.

PBAKL, pesta buku terbesar negara, berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur sehigga 2 Jun.

Mohammad Hakim menambah pembeli juga bakal menikmati diskaun di gerai IBDE antara 10 hingga 20 peratus, selain berpeluang memenangi cabutan bertuah dan hadiah istimewa.

“Pembelian RM150 ke atas layak menerima hadiah istimewa, manakala bagi RM200 ke atas layak mengambil bahagian dalam cabutan bertuah,” katanya lagi.

Karya terbitan IBDE boleh didapati di reruai 4053 hingga 4060, Dewan Tun Razak 4 dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Ia juga boleh didapati secara dalam talian menerusi pautan bukuibde.com.

IBDE yang menerima geran Kerajaan Negeri giat menerbitkan buku terjemahan pelbagai genre meliputi sejarah, falsafah dan agama, sesetengah naskhah asal berusia ribuan tahun.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.