ad
AGENDA

Sedih nasib Faisal, kes simbah asid takutkan pemain wanita 

15 Mei 2024, 1:30 AM
Sedih nasib Faisal, kes simbah asid takutkan pemain wanita 
Sedih nasib Faisal, kes simbah asid takutkan pemain wanita 
Sedih nasib Faisal, kes simbah asid takutkan pemain wanita 

SHAH ALAM, 15 MEI: Pemain bola sepak wanita PNSB FC yang beraksi dalam Liga Juara Selangor (SCL) sedih dan simpati atas tragedi yang menimpa pemain utama Selangor FC Faisal Halim.

Puteri Umi Sofea, 29, juga berharap pihak berkuasa dapat mengenal pasti motif kejadian itu dan tindakan tegas diambil terhadap suspek supaya kejadian sama tidak berulang.

“Negara kita aman, insiden sebegini tidak sepatutnya berlaku. Ini mendatangkan kebimbangan, harap tindakan tegas diambil, takut berlaku pada pemain lain,” katanya kepada Selangorkini.

[caption id="attachment_530445" align="alignleft" width="383"] Qaseh Rania dijemput kelab divisyen 1 Croatia, NK Osijek berlatih di padang kelab berkenaan. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Pemain Muda Terbaik dalam Liga Super Wanita Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) 2023 Qaseh Rania Khairul Najib mengakui kes simbah asid itu menimbulkan rasa takut kepada pemain wanita.

“Kejadian itu sedikit sebanyak menimbulkan perasaan takut kepada saya sebagai seorang pemain wanita untuk beraksi di padang terutama di negara sendiri," kata Qaseh Rania Khairul Najib.

Sambil mengajak atlet lebih berwaspada, pemain MBSJ FC berusia 14 tahun itu juga yakin Faisal kuat semangat seterusnya berupaya bangkit dan kembali beraksi di padang pada masa depan.

“Bagi saya, sukan itu sepatutnya hanya di padang, ketika kita di luar kita seharusnya bersaudara bukannya bermusuhan," katanya.

Seorang lagi pemain PNSB FC Siti Maziah Mohd Fauzi, 36, pula bimbang kejadian yang menimpa Faisal menjejaskan prestasi pemain yang diberi jolokan 'Mickey'pada sama depan.

“Saya rasa sedih, terkilan dan marah kerana ‘Mickey’ berada di puncak prestasi dan sentiasa konsisten selaku pemain utama Selangor FC malah Harimau Malaya.

“Kecederaan dialami beliau hingga tahap empat bukan sahaja jejaskan fizikal, malah psikologi. Ia seperti mahu membunuh karier Faisal. Saya kecewa,” kata pemain pertahanan kiri itu.

Ahad lalu, Faisal melecur tahap empat akibat disimbah asid mengakibatkan pemenang anugerah Gol Terbaik Piala Asia di Qatar Januari lalu terpaksa menjalani tiga pembedahan termasuk tampalan kulit.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.