ad
EXCO

Peluang warga DUN Lembah Jaya jalani saringan kesihatan percuma minggu depan

14 Mei 2024, 11:30 AM
Peluang warga DUN Lembah Jaya jalani saringan kesihatan percuma minggu depan
Peluang warga DUN Lembah Jaya jalani saringan kesihatan percuma minggu depan
Peluang warga DUN Lembah Jaya jalani saringan kesihatan percuma minggu depan

SHAH ALAM, 14 MEI: Orang ramai dipelawa menyertai pemeriksaan kesihatan percuma, Selangor Saring di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya pada 25 Mei mulai 9 pagi hingga 3 petang.

EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin berkata program berlangsung di Dewan MPAJ Tasik Tambahan, Kampung Tasik Tambahan menawarkan saringan fizikal, ujian darah, air kencing, barah, mata dan gigi.

[caption id="attachment_629040" align="aligncenter" width="694"] EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup Program Karnival Prihatin @ Kuala Langat di The Arc @ Bandar Rimbayu, Kuala Langat pada 17 Februari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

“Anda digalak membuat pendaftaran di aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah). Saringan ditawar berdasarkan penilaian faktor risiko melalui borang awal di SELangkah,” katanya menerusi Facebook.

Jamaliah turut berkongsi langkah pendaftaran menerusi SELangkah. Berikut merupakan cara mendaftar:

  • muat turun aplikasi SELangkah
  • tekan butang Selangor Saring
  • isi borang soal selidik
  • pilih lokasi dan tarikh di atas

Selangor Saring diperkenal dua tahun lalu bagi membantu penduduk mengesan penyakit lebih awal, terutama yang mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2024, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM3.2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.