ad
AGENDA

Penjaring KL City FC dedikasi jaringan gol kepada Faisal

13 Mei 2024, 9:35 AM
Penjaring KL City FC dedikasi jaringan gol kepada Faisal

SHAH ALAM, 13 MEI: Penjaring gol pertama Kuala Lumpur (KL) City FC musim ini, Paulo Josue mendedikasikan jaringannya kepada pemain Selangor FC yang manjadi mangsa simbahan asid, Faisal Halim.

Paulo berbuat demikian ketika menentang Kuching City FC (KCFC) pada aksi Liga Super semalam sebagai tanda penghargaan buat rakan sepasukannya dalam skuad kebangsaan, lapor Berita Harian.

"Saya meraikan gol itu seperti Mickey kerana dia begitu rapat dengan kami dan semua berasa kesal dengan insiden yang berlaku.

"Kami mahu memberi galakan supaya dia tahu yang kami sentiasa berada di belakangnya. Ini satu sumbangan kecil yang boleh saya berikan kepadanya," katanya.

Paulo meraikan jaringan pada minit ke-12 dengan gaya 'siuuu' seperti yang selalu dilakukan Faisal sambil berkongsi mesej 'semoga kuat' di bajunya sebagai tanda solidariti Faisal.

Pada perlawanan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Kuala Lumpur (KL) City dan Kuching City berkongsi satu mata apabila terikat 1-1.

Minggu lalu, arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden Faisal atau dikenali sebagai Mickey cedera akibat disimbah asid di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.

Faisal yang mengalami lecur tahap empat memasuki fasa pemulihan baharu iaitu rawatan rekonstruktif melibatkan pembaikan dan pemulihan struktur badan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.