ad
AGENDA

Penjawat awam rugi lebih RM150,000 diperdaya sindiket dalam talian

12 Mei 2024, 6:30 AM
Penjawat awam rugi lebih RM150,000 diperdaya sindiket dalam talian

JOHOR BAHRU, 12 MEI: Penjawat awam kerugian RM150,600 selepas terperdaya dengan sindiket 'phone scam’atau penipuan melalui panggilan telefon, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh berkata wanita berusia 46 tanun itu menerima panggilan telefon daripada individu memperkenalkan diri sebagai pegawai perkhidmatan penghantar menyatakan kononnya dia mempunyai bungkusan mengandungi barangan peribadi.

Beliau berkata panggilan berkenaan kemudiannya disambungkan kepada suspek menyamar sebagai pegawai polis menyatakan kononnya dia terlibat dengan penggubahan wang haram dan boleh ditangkap.

“Mangsa diminta membuat bayaran dengan menggadaikan barang kemas miliknya di kedai pajak gadai bagi menyelesaikan kes terbabit.

“Mangsa kemudiannya mengikut arahan mereka dan membuat 34 transaksi dalam talian ke empat akaun berlainan dengan jumlah keseluruhan RM150,600 sebelum membuat laporan polis semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.