ad
AGENDA

Sultan Ibrahim, Raja Zarith Sofiah zahir ucapan selamat Hari Ibu

12 Mei 2024, 4:42 AM
Sultan Ibrahim, Raja Zarith Sofiah zahir ucapan selamat Hari Ibu

KUALA LUMPUR, 12 MEI: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Ibu kepada wanita yang bergelar ibu.

Seri Paduka Baginda menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, turut menitipkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada Raja Permaisuri Agong.

“Saya sentiasa bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana dikurniakan seorang isteri dan ibu yang amat penyayang kepada anak-anak. Begitu besar pengorbanan serta kasih sayang yang dicurahkan Raja Zarith dalam membesarkan mereka.

"Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala juga sentiasa merahmati Almarhumah bonda, Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah dan Almarhumah Raja Perempuan Muzwin. Al-Fatihah,” titah Seri Paduka Baginda.

Hari Ibu disambut di seluruh dunia pada Ahad kedua bulan Mei setiap tahun.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.