ad
BERITA UTAMA

Selangor terima sumbangan hampir RM1 juta tangani kes denggi

9 Mei 2024, 2:00 PM
Selangor terima sumbangan hampir RM1 juta tangani kes denggi
Selangor terima sumbangan hampir RM1 juta tangani kes denggi
Selangor terima sumbangan hampir RM1 juta tangani kes denggi

SHAH ALAM, 9 MEI: Kerajaan Negeri menerima sumbangan RM971,172 daripada KAO Malaysia Sdn Bhd sebagai usaha menangani kes denggi.

Syarikat itu menyumbang 61,080 unit serum penghalau nyamuk yang akan diagihkan menerusi program pencegahan denggi.

Sumbangan diserahkan Presidennya Nishimaki Akira kepada EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin pada Majlis Jalinan Kerjasama di Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

[caption id="attachment_642037" align="aligncenter" width="739"] EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin[/caption]

Dalam ucapan, Jamaliah berkata Kerajaan Negeri menyambut baik kerjasama pelbagai pihak termasuk KAO Malaysia yang berusaha membantu mencegah penularan wabak berkenaan.

"Melalui usahasama ini, saya berharap kita dapat mewujudkan komuniti setempat yang lebih peka terhadap kesihatan awam dan kebersihan persekitaran agar pembiakan nyamuk Aedes di kawasan sekitar dapat dikawal.

"Semoga usaha ini dapat memberi kesan yang positif kepada rakyat Selangor khususnya dan seterusnya menjadi pemangkin kepada usaha Kerajaan Negeri dalam mewujudkan negeri yang bebas denggi pada masa hadapan," katanya.

[caption id="attachment_642038" align="aligncenter" width="733"] Presiden KAO Malaysia Sdn Bhd Nishimaki Akira[/caption]

Sementara itu, Nishimaki Akira berkata serum penghalau nyamuk atau 'repellent' akan diagihkan melalui program dan kempen pencegahan denggi anjuran Kerajaan Negeri bermula Julai.

"Selain diperluas di kempen-kempen pencegahan, serum penghalau nyamuk ini juga akan diagihkan di program gotong-royong di sekolah-sekolah terpilih.

"Ini sebahagian strategi tahap penjagaan kesihatan awam yang lebih efektif. Terima kasih kepada Kerajaan Selangor sudi bekerjasama dalam usaha mengurangkan kes denggi," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.