AGENDA

MB dialog dengan komuniti India, terus bantu ekonomi dan pendidikan

8 Mei 2024, 3:40 PM
MB dialog dengan komuniti India, terus bantu  ekonomi dan pendidikan

SHAH ALAM, 8 MEI: Dato' Menteri Besar  Dato' Seri Amirudin Shari memberi jaminan kebajikan rakyat berbilang kaum termasuk masyarakat India sentiasa menjadi keutamaan pentadbiran negeri demi memastikan tiada golongan terpinggir.

Setiausaha akhbarnya Jay Jay Denis  berkata pengerusi Pakatan Harapan itu mengulangi tekad tersebut dalam pertemuan dengan pemimpin masyarakat India di Pejabat Penyelaras Parlimen Hulu Selangor hari ini.

Antara program untuk meningkatkan pendapatan masyarakat India ialah Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan (Blueprint) dan Pembangunan Usahawan India Selangor (Sitham).

Malah, bagi meringankan beban keluarga, pentadbiran negeri juga membelanjakan sejumlah RM1.1 juta untuk program Subsidi Tambang Bas Sekolah kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Bagi mendorong pelajar untuk berjaya, program Tusiyen Rakyat Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) diperkenal yang memanfaatkan semua kaum.

Bantuan tahunan turut disalurkan kepada sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) bagi menjamin keselesaan pelajar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.