ad
AGENSI

Siti Nurhaliza meriahkan rumah terbuka MBI, lebih 1,500 hadir

8 Mei 2024, 1:15 PM
Siti Nurhaliza meriahkan rumah terbuka MBI, lebih 1,500 hadir
Siti Nurhaliza meriahkan rumah terbuka MBI, lebih 1,500 hadir

SHAH ALAM, 8 MEI: Lebih 1,500 tetamu memeriahkan Majlis Muhibah Aidilfitri Kumpulan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) di sini, hari ini.

Majlis anjuran bersama 24 syarikat milikan MBI diserikan dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama keluarga, barisan pimpinan tertinggi Kerajaan Negeri, pemegang taruh dan kakitangan terlibat.

Antara 24 syarikat tersebut adalah Invest Selangor Berhad, KDEB Waste Management, Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB), Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan Tourism Selangor.

[caption id="attachment_641822" align="alignnone" width="829"] Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza menghiburkan tetamu sempena Majlis Muhibah Aidilfitri Kumpulan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Shah Alam pada 8 Mei 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada penyanyi tersohor tanahair Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mendendangkan tiga buah lagi bertemakan tradisional dan Hari Raya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Saipolyazan M Yusop berkata objektif utama penganjuran majlis berkenaan adalah untuk merapatkan ukhwah Kumpulan MBI bersama semua agensi.

“Selain itu, tetamu yang hadir juga dapat bersua muka dengan pihak berkepentingan yang berpotensi akan kebolehpasaran, kemampuan dan keupayaan Selangor sebagai penyumbang ekonomi utama negara,” katanya menerusi kenyataan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.