ad
AGENDA

Harga petrol, diesel kekal hingga 15 Mei

8 Mei 2024, 11:00 AM
Harga petrol, diesel kekal hingga 15 Mei

KUALA LUMPUR, 8 MEI: Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada paras harga RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 Mei ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling ditetapkan,” menurut kementerian itu.

Kementerian itu menyatakan kerajaan juga akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.