AGENDA

Amaran hujan lebat di KL, enam daerah di Selangor hingga 6 petang

8 Mei 2024, 8:05 AM
Amaran hujan lebat di KL, enam daerah di Selangor hingga 6 petang
Amaran hujan lebat di KL, enam daerah di Selangor hingga 6 petang

SHAH ALAM, 8 MEI: Amaran hujan lebat dikeluarkan melibatkan daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat hingga 6 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut meramal hujan lebat disertai angin kencang di Kuala Lumpur, Putrajaya, Pulau Pinang dan Melaka selain beberapa daerah di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.