ad
AGENSI

Lebihi sasaran awal, 6.54 juta kunjungi Selangor tahun lalu

6 Mei 2024, 10:00 AM
Lebihi sasaran awal, 6.54 juta kunjungi Selangor tahun lalu
Lebihi sasaran awal, 6.54 juta kunjungi Selangor tahun lalu

SHAH ALAM, 6 MEI: Selangor berjaya menarik kunjungan 6.54 juta pelancong tempatan dan antarabangsa pada 2023, meningkat 46.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Tourism Selangor dalam kenyataan menyebut sebanyak 4.44 juta meliputi pengunjung domestik, manakala selebihnya pelancong asing, melebihi sasaran awal lima juta pelancong.

Menurutnya, data itu sejajar kriteria Pertubuhan Pelancongan Dunia, yang mentakrifkan pelancong sebagai individu yang perjalanannya termasuk menginap di sesuatu tempat.

"Pertumbuhan luar biasa ini membuktikan Selangor sebagai destinasi pelancongan utama dan menekankan keberkesanan inisiatif strategik untuk mempromosi segmentasi pelancongan negeri.

"(Segmentasi itu) seperti ekopelancongan, taman tema, pelancongan makanan, warisan dan budaya.

Pencapaian ini menjadi asas kukuh bagi pertumbuhan berterusan untuk tahun mendatang," katanya.

Agensi itu menambah China, Singapura, Indonesia, Jepun dan India kekal sebagai lima pasaran pelancong antarabangsa teratas untuk Selangor, menyumbang 46 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Jelasnya lagi, Kuala Lumpur, Johor, Perak, Pahang dan Pulau Pinang pula kekal sebagai pasaran pelancong domestik teratas, merangkumi 36 peratus daripada angka keseluruhan.

Dalam pada itu, katanya, Majlis Bandaraya Subang Jaya menerima kemasukan pelancong tertinggi dalam tempoh sama tahun dengan merekodkan 2.15 juta orang.

"Pemain industri dan pelancong boleh menjangkakan lebih banyak pembangunan baharu dengan pengalaman melancong yang tiada tandingan di Selangor pada tahun mendatang," jelasnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.