ad
AGENDA

Lebih 100,000 unit PPR dibina, kerajaan sedia banyak kediaman selesa

6 Mei 2024, 4:40 AM
Lebih 100,000 unit PPR dibina, kerajaan sedia banyak kediaman selesa

KUALA SELANGOR, 6 MEI: Sebanyak 202 projek perumahan rakyat (PPR) melibatkan 115,039 unit kediaman siap dibina di seluruh negara sejak 1998, kata Menteri Perumahan Nga Kor Ming.

Beliau menjelaskan sebanyak 19 projek membabitkan 7,517 unit pula sedang dibina selain terdapat 19 projek lagi terdiri daripada 6,006 kediaman dalam peringkat perancangan.

“Nilai keseluruhan kewangan disediakan kerajaan persekutuan bagi program ini berjumlah RM12 bilion," katanya dalam sidang media selepas mengumumkan pembinaan PPR Harmoni Madani hari ini.

PPR Harmoni Madani yang bakal dibina atas tanah seluas 8.09 hektar akan menempatkan 245 keluarga peneroka daripada lima estet dan dijangka siap hujung 2026.

Projek bernilai RM75 juta yang turut membabitkan kerjasama Kerajaan Selangor dan Berjaya Corporation Berhad dilengkapi tiga bilik dengan keluasan 1,200 kaki persegi seunit.

Melibatkan pekerja dari estet Ladang Mary, Ladang Nigel Garder, Ladang Bukit Tagar, Ladang Sungai Tinggi dan Ladang Minyak, projek itu sekali gus menamatkan penantian 26 tahun penduduk.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.