ad
AGENDA

Menteri: Tingkat akses kemudahan sukan, gilap bakat Orang Asli

5 Mei 2024, 2:30 PM
Menteri: Tingkat akses kemudahan sukan, gilap bakat Orang Asli
Menteri: Tingkat akses kemudahan sukan, gilap bakat Orang Asli
Menteri: Tingkat akses kemudahan sukan, gilap bakat Orang Asli

HULU SELANGOR, 5 MEI: Kementerian Belia dan Sukan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) bagi mengilap potensi masyarakat Orang Asli dalam bidang sukan.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata menambah baik fasiliti dan akses kemudahan sukan di perkampungan Orang Asli antara tumpuan kerajaan bagi mencungkil bakat mereka.

[caption id="attachment_641196" align="aligncenter" width="807"] Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh ketika program santai anak muda dan masyarakat orang asli Kampung Buluh Telur, Kuala Kubu Baru bersama Calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao di Tapak Perkhemahan Betong Rimbayu Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor pada 5 Mei 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

“Pertemuan saya dengan anak muda Orang Asli di sini bagi lelaki mereka banyak terlibat dalam sukan bola sepak dan badminton bagi perempuan.

“Kita kena hayati gaya hidup mereka, tengok sukan apa yang mereka minat. Tidak guna perkenal sukan baru tapi mereka tidak minat. Klinik bola sepak popular dalam kalangan mereka, mungkin selepas ini badminton (klinik badminton),” katanya.

Beliau ditemui selepas mengiringi calon Kerajaan Perpaduan bagi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu Pang Sock Tao  meluangkan masa bersama kira-kira 30 anak muda Orang Asli Kampung Buluh Telur di Beting Rimbayu Campsite Kuala Kubu Bharu di sini, hari ini.

[caption id="attachment_641188" align="aligncenter" width="812"] Calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao (kanan) ditemani Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh ketika program santai anak muda dan masyarakat Orang Asli Kampung Buluh Telur di Tapak Perkhemahan Betong Rimbayu Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 5 Mei 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.