ad
BUDAYA

Senja di Selat Bophorus

5 Mei 2024, 12:45 AM
Senja di Selat Bophorus

saat gincu senja menyapu selat bophorus, kubaca puisi-puisi Rumi di gigi

ombak yang tajam, mimpi-mimpi dua benua membelah fikir,

di geraham ombak bophorus, fikirku digulung realiti dan mimpi sirah, dari

sayap-sayap tawakal yang patah, dari cermin air yang retak, dari dada yang

pecah, aku belajar untuk bercinta lagi

malam-malam bosphorus dibungkus salju, kuhidu gemerincing telapak kaki

kuda mehmet, harum kemboja Ayub al-Ansari; kekasih yang jauh di tanah

anbia, surat-surat Rumi dalam lipatan ombak

mentari terjaga dari tidur, burung-burung di selat Bosphorus riuh membaca

kejatuhan erdogan,

Ini puisi Rumi, kau akan bangkit kembali,

bacalah.

Baharuddin Sairi

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.