ad
AGENDA

Kenaikan gaji penjawat awam 35 peratus pada 2007 hanya libatkan kumpulan gred rendah

2 Mei 2024, 12:30 AM
Kenaikan gaji penjawat awam 35 peratus pada 2007 hanya libatkan kumpulan gred rendah

PUTRAJAYA, 2 MEI: Kenaikan gaji penjawat awam sehingga 35 peratus pada 2007 cuma melibatkan kumpulan pelaksana dua gred satu iaitu gred rendah, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap kerajaan berkata ketika itu, tangga gaji bagi kumpulan pelaksana dua yang berada di gred satu hanya sekitar RM800 sahaja.

"Bagi yang menyebarkan (kenaikan) 35 peratus pada 2007, ada dua perkara sangat penting. Mereka hanya baca tajuk sahaja, 35 peratus pada waktu itu merujuk penjawat awam dalam kumpulan pelaksana dua gred satu.

"Waktu itu, gred satu pada 2007, pendapatan RM800 sebulan. Keadaan ekonomi jauh berbeza. Kalau nak diungkit, kena berlaku adil, konteksnya berbeza," katanya kepada pemberita selepas perasmian pejabat Pakatan Harapan (HARAPAN) di sini malam tadi.

Fahmi berkata demikian bagi menjelaskan kenaikan gaji lebih 13 peratus penjawat awam yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sambutan Hari Pekerja semalam  merupakan antara kenaikan tertinggi dalam sejarah.

Beliau berkata kumpulan penjawat awam dalam kumpulan tertinggi ketika 2007 hanya menerima kenaikan gaji sekitar 7.5 peratus.

"Kalau nak dibandingkan itulah konteksnya, kenaikan 35 peratus (waktu itu) hanya 1/4 daripada cerita penuh, angka disebut perdana menteri hari ini lebih tinggi daripada kali terakhir Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dikaji semula. Apapun bermula 1 Disember, penjawat awam dapat gaji lebih," katanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.