ad
AGENDA

Kanak-kanak lelaki sembilan tahun jatuh longkang ditemukan lemas

1 Mei 2024, 1:11 PM
Kanak-kanak lelaki sembilan tahun jatuh longkang ditemukan lemas
Kanak-kanak lelaki sembilan tahun jatuh longkang ditemukan lemas

SHAH ALAM, 1 MEI: Kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Taman Bukit Rawang Jaya, Rawang dekat sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mangsa ditemukan kira-kira empat kilometer dari lokasi dilaporkan terjatuh.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada 5.28 petang dan sebuah jentera Balai Bomba dan Penyelamat Rawang bersama lapan anggota dan pegawai dikejarkan ke lokasi.

"Berdasarkan laporan, kanak-kanak lelaki itu jatuh ke dalam longkang sedalam tiga kaki dan kerja mencari serta menyelamat segera dijalankan.

"Mayat mangsa ditemui kira-kira empat kilometer dari lokasi jatuh dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

[caption id="attachment_640559" align="aligncenter" width="778"] Anggota bomba dan penyelamat menjalankan operasi mencari kanak-kanak lelaki yang terjatuh longkang di Taman Bukit Rawang Jaya, Rawang pada 1 Mei 2024. Foto JBPM SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.