ad
BERITA UTAMA

Permohonan Insentif Haji Muassasah bernilai RM500 dibuka mulai 6 Mei

1 Mei 2024, 12:00 PM
Permohonan Insentif Haji Muassasah bernilai RM500 dibuka mulai 6 Mei

SHAH ALAM, 1 MEI: Permohonan Insentif Haji Muassasah bernilai RM500 tahun ini dibuka mulai 6 Mei sehingga 23 Ogos, kata Dato' Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata permohonan boleh dibuat di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Pejabat Penyelaras DUN masing-masing.

"Saya berharap usaha ini dapat memudahkan urusan perjalanan bagi para jemaah yang bakal meraikan dhuyufurrahman pada tahun ini," katanya dalam menerusi aplikasi X.

Amirudin sebelum ini berkata seramai 6,000 jemaah haji negeri layak menerima bantuan RM500, manakala 36 jemaah dibiaya sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri untuk menunaikan ibadah itu tahun ini.

Menerusi belanjawan tahun ini, Kerajaan Negeri memperuntuk RM3 juta untuk skim Permohonan Insentif Haji Muassasah, meningkat RM1.5 juta berbanding tahun lalu.

Selain wang tunai, jemaah juga turut menerima kit syifa seperti ubat-ubatan, cecair pembasmi kuman, losyen dan pelembap bibir.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.