ad
AGENDA

Rundingan wakil Fatah, Hamas anjuran Beijing positif ke arah perdamaian

1 Mei 2024, 7:28 AM
Rundingan wakil Fatah, Hamas anjuran Beijing positif ke arah perdamaian

BEIJING, 1 MEI: Wakil Fatah dan Hamas baru-baru ini ke Beijing untuk mengadakan rundingan secara mendalam dan ikhlas bagi menggalakkan perdamaian dalam negara Palestin.

Jurucakap Kementerian Luar China Lin Jian berkata pertemuan berkenaan diadakan atas undangan China dan mencapai kemajuan positif.

"Fatah dan Hamas menyatakan sepenuhnya kemahuan politik untuk mewujudkan perdamaian menerusi dialog dan perundingan dan membincangkan banyak isu spesifik.

"Mereka bersetuju meneruskan proses dialog seumpama itu ke arah merealisasikan perpaduan dan penyatuan Palestin," kata Lin semasa taklimat media di sini semalam.

Menurut jurucakap itu, kedua-dua pihak menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan China terhadap perjuangan adil rakyat Palestin untuk memulihkan hak bangsa mereka yang sah.

Mereka juga menghargai usaha China menggalakkan perpaduan dalaman Palestin, di samping mencapai kesepakatan mengenai dialog fasa seterusnya.

- BERNAMA-CMG

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.