ad
AGENDA

Kempen PRK KKB lancar, polis seru terus kempen berhemah, elak sentuh 3R

29 Apr 2024, 10:48 AM
Kempen PRK KKB lancar, polis seru terus kempen berhemah, elak sentuh 3R
Kempen PRK KKB lancar, polis seru terus kempen berhemah, elak sentuh 3R

SHAH ALAM, 29 APRIL: Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) yang memasuki hari ketiga hari ini berjalan lancar dan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan setakat ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi berkata polis bagaimanapun akan terus memantau aktiviti kempen calon yang bertanding bagi memastikan keadaan tersebut kekal hingga akhir PRK.

"Setakat ini kempen berjalan lancar dan baik...tidak ada kekecohan. Pihak yang bertanding juga memohon permit dengan betul sebelum mengadakan ceramah kempen.

[caption id="attachment_619720" align="alignleft" width="500"] Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi. Foto BERNAMA[/caption]

"Kita harap keadaan ini kekal dan mereka yang bertanding terus berkempen secara berhemah, profesional dan tidak mendatangkan kesusahan kepada orang ramai," katanya ketika ditemui pemberita di Mes Pegawai di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Rabu lalu beliau berkata 642 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi memastikan kelancaran PRK berkenaan.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan calon dan jentera parti politik bertanding supaya berkempen secara berhemah serta tidak menyentuh perkara yang boleh mengganggu ketenteraman awam termasuk isu 3R iaitu bangsa, agama dan institusi raja.

PRK KKB menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan, Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mei sebagai hari pengundian, manakala 7 Mei hari pengundian awal.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.