ad
AGENSI

Selangor belanja lebih RM1 juta taja jemaah tunai haji

29 Apr 2024, 4:00 AM
Selangor belanja lebih RM1 juta taja jemaah tunai haji
Selangor belanja lebih RM1 juta taja jemaah tunai haji

SHAH ALAM, 29 APRIL: Kerajaan Negeri membelanjakan sebanyak RM1.2 juta bagi membiayai kos perjalanan 36 jemaah menunaikan haji secara percuma tahun ini.

Dato’ Menteri Besar menjelaskan jemaah berkenaan dipilih dalam kalangan keluarga memerlukan dan menerima bantuan skim Permohonan Insentif Haji Muassasah.

“Semoga para bakal Dhuyufurrahman diberikan kemudahan menunaikan ibadah dan diberi haji yang mabrur, Insya-Allah,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook.

Semalam, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Shah Alhaj diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan menyempurnakan perasmian Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Selangor.

[caption id="attachment_640051" align="aligncenter" width="748"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj (tengah) bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersalaman dengan orang ramai pada majlis penyempurnaan Kursus Perdana Haji peringkat Selangor 2024 di Masjid Negeri, Shah Alam pada 28 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

Dalam majlis berlangsung di Masjid Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini Baginda bertitah seramai 8,061 orang jemaah dari Selangor akan menunaikan rukun Islam kelima tahun ini.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3 juta tahun ini untuk meneruskan skim Permohonan Insentif Haji Muassasah, meningkat RM1.5 juta berbanding tahun lalu.

Selain wang tunai, jemaah turut menerima kit syifa seperti ubat-ubatan, cecair pembasmi kuman, losyen dan pelembap bibir.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.