ad
AGENSI

80,000 termasuk 7,000 pelancong asing kunjungi KKB tahun lalu

29 Apr 2024, 1:37 AM
80,000 termasuk 7,000 pelancong asing kunjungi KKB tahun lalu

SHAH ALAM, 29 APRIL: Kuala Kubu Bharu terletak di daerah Hulu Selangor merupakan bandar warisan bersejarah pertama dirancang pihak perancang bandar pada 1930.

Memiliki keindahan semula jadi dan tumpuan rekreasi alam, jumlah kedatangan pelancong ke daerah Hulu Selangor secara amnya pada tahun lalu sahaja mencapai hampir 80,000.

Pengurus komunikasi korporat Tourism Selangor berkata jumlah pelancong domestik yang dicatat ialah seramai 70,193 manakala antarabangsa pula 7,328 individu.

"Di Kuala Kubu Bharu, pelbagai tarikan yang menarik kehadiran pelancong. Selain alam semula jadi, terdapat juga tempat penginapan, restoran dan acara atau festival diadakan di Kuala Kubu Bharu,"kata Ahmad Nazri Tashriq Rahmat kepada Selangorkini.

Berikut adalah lokasi menarik di Kuala Kubu Bharu:

Ekopelancongan

==============

Bukit Kutu

-berketinggian 1,053 meter dari paras laut

-mengambil masa dua hingga tiga jam pendakian

-keunikan lokasi pendakian ini terdapat kesan runtuhan zaman penjajah

-dapatkan permit di pejabat perhutanan daerah

Bukit Batu Pahat, Hulu Selangor

-berketinggian 426 meter dan tidak memerlukan permit

-bukan sahaja lokasi pendakian tetapi pelepasan paraglider

-jika berminat untuk aktiviti paragliding, boleh buat tempahan di KKB Paragliding Park (CloudBase)

White Water Rafting, Sungai Selangor

-hanya satu jam dari Kuala Lumpur

-sesuai untuk aktiviti mencabar untuk selusuri pemandangan semulajadi

Water Tubing, Sungai Chiling

-sesuai untuk penggemar aktiviti pelampung

-terdapat juga air terjun dan kawasan perlindungan spesis ikan kelah

-boleh lakukan aktiviti perkhemahan dan hayati keindahan air terjun Sungai Chiling

Sungai Pertak

-mengalir melalui perkampungan masyarakat orang Asli sebelum ke Empangan Sungai Selangor

-lokasi menarik bagi kaki pancing dan perkhemahan

Penginapan

==========

Fraser Valley, Kuala Kubu Bharu

-lokasi menarik untuk aktiviti glamping

-dilengkapi dengan tandas, kolam renang dan dapur (kongsi)

-tawar aktiviti unggun api, berbasikal, ATV dan berdayung

Sarang By The Brook

-satu jam dari Kuala Lumpur

-merupakan koleksi 11 rumah persendirian

-terletak di tengah-tengah hutan tropika Kuala Kubu Bharu

-antara aktiviti menarik meredah sungai, berakit dan teroka hutan pada waktu malam

Makanan

=======

Kedai Makanan Hailam Sun Sun Nam Cheong

Yogi Cafe

Teng Wun Bakery & Confectionery (kaya puff)

Festival

========

Wings of Kuala Kubu Bharu

-pertama kali diperkenal pada 2012 untuk promosi aktiviti pameran burung di KKB sebagai bandar warisan

-bakal diadakan semula pada 25 hingga 26 Mei ini

Stargazing Kuala Kubu Bharu

-destinasi tumpuan melihat bintang, paling hampir dengan Kuala Lumpur pelancong tempatan dan luar negara

Mountain Bike Challenge in Kuala Kubu Bharu

-tumpuan penunggang basikal dari pekan Kuala Kubu Bharu ke Lembah Fraser sejauh lebih 40 kilometer

-jangka aktiviti King of Mountain kembali diadakan menjelang Tahun Melawat Selangor 2025

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.