ad
AGENDA

PBB: 14 tahun diambil untuk alih bangunan runtuh di Palestin

27 Apr 2024, 9:23 AM
PBB: 14 tahun diambil untuk alih bangunan runtuh di Palestin

ANKARA, 27 APRIL: Runtuhan batu dan konkrit yang ditinggalkan kesan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza mungkin memakan masa 14 tahun untuk dialihkan, kata pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat.

Pehr Lodhammar, seorang pegawai daripada Perkhidmatan Tindakan Periuk Api PBB (UNMAS) memberitahu satu taklimat di Geneva bahawa serangan Israel meninggalkan runtuhan yang dianggarkan seberat 37 juta tan dalam satu wilayah padat dengan penduduk, lapor Agensi Anadolu (AA).

Menurut pejabat media di Gaza, serangan Israel memusnahkan 70,000 kediaman dan merosakkan 290,000 yang lain mengakibatkan rumah berkenaan tidak boleh diduduki. Antara terjejas akibat serangan itu termasuk bangunan kerajaan, hospital, sekolah, masjid, gereja dan tempat bersejarah.

Israel menyerang Gaza sejak 7 Oktober lalu dan membunuh lebih daripada 34,000 penduduk Palestin. Serangan rejim Israel itu mengakibatkan kebanyakan daripada 2.3 juta populasi di wilayah itu hilang tempat tinggal, kelaparan dan berisiko dijangkiti penyakit.

- BERNAMA-ANADOLU

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.