ad
BERITA UTAMA

Rumpun Selangor jelajah Sepang 9 hingga 11 Mei, sarat program mesra rakyat

27 Apr 2024, 8:00 AM
Rumpun Selangor jelajah Sepang 9 hingga 11 Mei, sarat program mesra rakyat
Rumpun Selangor jelajah Sepang 9 hingga 11 Mei, sarat program mesra rakyat
Rumpun Selangor jelajah Sepang 9 hingga 11 Mei, sarat program mesra rakyat
Rumpun Selangor jelajah Sepang 9 hingga 11 Mei, sarat program mesra rakyat
Rumpun Selangor jelajah Sepang 9 hingga 11 Mei, sarat program mesra rakyat

AMPANG JAYA , 27 APRIL: Jelajah Rumpun Selangor bagi mendekati sekali gus memupuk semangat perpaduan di segenap lapisan masyarakat akan diteruskan ke Sepang pada 9 hingga 11 Mei ini.

EXCO Perpaduan Datuk Rizam Ismail berkata Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah akan terus menyantuni lebih ramai rakyat pada program berkenaan.

[caption id="attachment_639806" align="aligncenter" width="773"] EXCO Perpaduan Datuk Rizam Ismail bercakap kepada media pada Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Hulu Langat 2024 di SK Taman Muda, Ampang Jaya pada 26 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

“Untuk siri ini kita akan jadikan perlawanan piala sumbangsih sebagai tarikan. Kita sediakan skrin gergasi dan ajak rakyat untuk bersama-sama menonton,” katanya kepada SelangorKini.

Rizam berkata beberapa penambaikan turut dibuat pada siri selepas ini berikutan Tengku Amir Shah mahu lebih dekat dengan penduduk setempat.

“Kita akan rancang program yang lebih mesra. Baginda berkenan untuk berjumpa dengan ramai penduduk,” katanya.

[caption id="attachment_639551" align="aligncenter" width="767"] DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan bergambar bersama ketika melepaskan 10 ribu ekor anak ikan pada Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Hulu Langat 2024 di Batangsi, Kajang pada 25 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Bermula 24 April hingga semalam, Tengku Amir Shah berkenaan melawat beberapa kawasan sempena Gagasan Rumpun Selangor daerah Hulu Langat antaranya Masjid Al-Ubudiah, Kampung Tasek Tambahan, Ampang dan Laman Medan Selera Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Pelbagai program menarik di setiap lokasi seperti klinik bola sepak serta walkabout bersama pemain Selangor FC, persembahan silat, tarian, kebudayaan, muzik jalanan, rewang dan santapan kenduri.

[caption id="attachment_639552" align="aligncenter" width="751"] DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melakukan aktiviti menaiki ATV pada Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Hulu Langat 2024 di Batangsi, Kajang pada 25 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Gagasan Rumpun Selangor diperkenal bagi memperkukuh semangat perpaduan nasional dan sistem masyarakat di negeri ini meliputi beberapa agenda antaranya dasar dan lagu perpaduan.

Belanjawan Selangor 2024 memperuntuk RM4.5 juta bagi menjayakan program itu di sembilan daerah bermula di Hulu Selangor.

[caption id="attachment_639690" align="aligncenter" width="733"] DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melihat pelajar sekolah menjalani latihan klinik bola pada Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Hulu Langat 2024 di SK Taman Muda, Ampang Jaya pada 26 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.