ad
AGENDA

Tiga maut, lima parah kemalangan dua pacuan empat roda

27 Apr 2024, 2:32 AM
Tiga maut, lima parah kemalangan dua pacuan empat roda

KUALA KRAI, 27 APRIL: Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang, tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12.36 malam itu, mangsa yang maut adalah dua lelaki dan seorang wanita.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan berkata pihak bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan dan mendapati kemalangan membabitkan Toyota Hilux yang bertembung Ford Ranger, lapor Berita Harian.

"Ada juga mangsa tersepit dan anggota melakukan kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa.

"Kemalangan mengakibatkan tiga mangsa meninggal dunia dan lima lagi parah.

"Semua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Krai," katanya dua mangsa yang maut dari Toyota Hilux dan seorang lagi adalah wanita dari kenderaan Ford Ranger.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.