ad
AGENDA

KL20: Malaysia menuju ke arah bandar pintar, perkukuh prasarana digital

22 Apr 2024, 2:30 PM
KL20: Malaysia menuju ke arah bandar pintar, perkukuh prasarana digital
KL20: Malaysia menuju ke arah bandar pintar, perkukuh prasarana digital

KUALA LUMPUR, 22 APRIL: Malaysia dilihat mencapai kemajuan ketara dalam pembangunan bandar pintarnya sendiri, didorong oleh usaha bersepadu kerajaan untuk mengukuhkan infrastruktur digital yang penting.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Mahadhir Aziz berkata usaha memupuk ekosistem dan infrastruktur digital, teknologi dan kecerdasan buatan (AI) yang mantap adalah penting untuk memudahkan peralihan Malaysia mencapai bandar pintar.

Beliau berkata kerajaan dengan kerjasama Kementerian Digital, MDEC dan kementerian lain berkaitan, sedang giat menambah baik dan mengintergrasikan infrastruktur komunikasi, digital dan teknologi bagi menyokong peralihan negara ke arah bandar pintar.

"Dengan menyediakan infrastruktur yang diperlukan dan menggabungkan penyelesaian tenaga bersih dan boleh diperbaharui, bandar sedia ada boleh menjalani peralihan lancar ke bandar pintar," katanya.

[caption id="attachment_638964" align="aligncenter" width="812"] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat reruai pameran ketika Pelancaran Sidang Kemuncak KL20 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Bercakap pada sesi panel bertajuk "The Evolution of Smart Cities" semasa Sidang Kemuncak KL20 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini, Mahadhir turut menjelaskan mengenai komitmen teguh kerajaan terhadap transformasi digital, sungguh menakjubkan.

"Kami meletakkan asas dengan membina dan meningkatkan komunikasi dan infrastruktur digital. Seterusnya, tumpuan kami akan beralih ke arah meningkatkan perkhidmatan bandar dan memupuk kesalinghubungan, tidak lama lagi menjadikan bandar Malaysia sebagai bandar pintar," jelasnya.

Mahadhir menegaskan bahawa inisiatif Malaysia untuk mengubah bandarnya menjadi hab pintar bertujuan untuk menarik pelaburan antarabangsa yang lebih besar.

Beliau berkata apabila lebih banyak entiti global mencari tapak pengembangan yang mementingkan alam sekitar dan maju dari segi teknologi, komitmen Malaysia terhadap pembangunan bandar pintar menyediakan peluang yang menarik.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.