ad
AGENSI

Orang ramai dijemput meriahkan rumah terbuka Aidilfitri peringkat negeri

21 Apr 2024, 2:00 PM
Orang ramai dijemput meriahkan rumah terbuka Aidilfitri peringkat negeri
Orang ramai dijemput meriahkan rumah terbuka Aidilfitri peringkat negeri

SHAH ALAM, 21 APRIL: Orang ramai dijemput memeriahkan Rumah Terbuka Riuh Raya Kita Selangor anjuran Kerajaan Negeri di Bandar Kuala Kubu Bharu pada 27 April ini.

Menurut Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Facebook pelbagai acara menarik menanti pengunjung pada majlis yang bermula pada jam 8 malam itu.

Antara yang menarik ialah hidangan pelbagai juadah hari raya, persembahan artis terkenal, pemberian duit raya dan pertunjukan bunga api.

"Apa tunggu lagi, jom sama-sama kita meriahkan Rumah Terbuka Riuh Raya #KitaSelangor 2024!! Jumpa di sana," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.