ad
AGENSI

Jualan murah di enam cawangan pasar raya Segi Fresh esok

20 Apr 2024, 2:00 PM
Jualan murah di enam cawangan pasar raya Segi Fresh esok

SHAH ALAM, 19 APRIL: Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan keperluan asas pada harga murah menerusi Jualan Rahmah Madani di enam cawangan pasar raya Segi Fresh esok.

Program dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) melibatkan cawangan Telok Panglima Garang, Meru, Taman Amaniah, Sir Muda, Salak Tinggi dan Awani Bangi.

Jualan sama turut diadakan di Bandar Teknologi Kajang dan Pulau Indah bagi mendapatkan pelbagai produk antaranya ayam, ikan, bawang, ubi kentang dan aneka sayur-sayuran.

“Segi Fresh ingin mengucapkan terima kasih kepada PKPS dan KPDN Selangor kerana membolehkan kami menawarkan harga istimewa kepada semua penduduk Selangor.

“Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan produk berkualiti dengan harga istimewa yang kami tawarkan,” menurut pasar raya itu di Facebook rasminya.

Pada Julai tahun lalu, PKPS menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Segi Fresh bertujuan memperluas capaian jualan murah anjuran Kerajaan Negeri mulai 1 Ogos.

Selain bekerjasama dengan Segi Fresh, PKPS turut menganjurkan jualan murah di lokasi terpilih seluruh negeri hampir setiap hari dengan maklumat terkini boleh disemak di Facebook.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.