ad
AGENSI

Pelbagai program menarik sepanjang tiga hari Gagasan Rumpun Selangor Hulu Langat

20 Apr 2024, 7:00 AM
Pelbagai program menarik sepanjang tiga hari Gagasan Rumpun Selangor Hulu Langat
Pelbagai program menarik sepanjang tiga hari Gagasan Rumpun Selangor Hulu Langat
Pelbagai program menarik sepanjang tiga hari Gagasan Rumpun Selangor Hulu Langat

SHAH ALAM, 20 APRIL: Pelbagai program menarik diatur sempena program Gagasan Rumpun Selangor daerah Hulu Langat sepanjang tiga hari mulai 24 April.

Antara program menarik termasuklah klinik bola sepak serta walkabout bersama pemain Selangor FC, persembahan silat, tarian, kebudayaan, muzik jalanan, rewang dan santapan kenduri.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor turut dijadual berangkat melawat Warung Roti Canai Teras Jernang, Kajang Wall Mural, Medan Sate Kajang, Bangi Square 2 dan Pasar Malam Downtown Jalan Reko.

Tengku Amir Shah turut dijadual melawat Pejabat Daerah Tanah Hulu Langat, Pusat Permata Pintar, Rumah Pengasih Warga Prihatin di Sungai Ramal, Kilang Pemprosesan Sate Kajang Haji Samuri dan Denai Sungai Langat.

Selain itu, Masjid Rinching Hulu Beranang, Institusi Perindustrian MARA Jepun (MJII), Projek Agro Bandar Melon ACE Pandan Jaya dan Pusat Anaerobic Digester MPAJ turut tersenarai antara lokasi yang bakal dikunjungi Baginda.

[caption id="attachment_629651" align="aligncenter" width="795"] DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) berkenan mencuba aktiviti menyumpit pada Program Ekplorasi Gagasan Rumpun Selangor peringkat daerah Hulu Selangor 2024 di kampung Orang Asli Ulu Tamu di Kuala Kubu Bharu pada 21 Februari 2024. FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

Gagasan Rumpun Selangor diperkenal bagi memperkukuh semangat perpaduan nasional dan sistem masyarakat di negeri ini.

Pelaksanaannya meliputi enam agenda utama iaitu karnival dan eksplorasi, dasar, lagu perpaduan serta penstrukturan dan pemerkasaan institusi kepimpinan kampung.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentang Belanjawan Selangor 2024 memperuntukan RM4.5 juta bagi menjayakan Gagasan Rumpun Selangor di sembilan daerah.

[caption id="attachment_629939" align="aligncenter" width="815"] DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berswafoto ketika menyertai gotong-royong bersama rakyat di Alor Lempah, Ampang Pechah sempena program Ekplorasi Gagasan Rumpun Selangor peringkat daerah Hulu Selangor 2024 di Kuala Kubu Bharu pada 23 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.