ad
AGENSI

LZS hulur sumbangan ringankan beban mangsa kebakaran di Kampung Jenjarom

20 Apr 2024, 4:30 AM
LZS hulur sumbangan ringankan beban mangsa kebakaran di Kampung Jenjarom

SHAH ALAM, 20 APRIL: Keluarga terjejas kebakaran di Kampung Jenjarom, Kuala Langat baru-baru ini menerima sumbangan RM500 daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Agensi itu memaklumkan sumbangan itu sebagai tanda keprihatinan dan berharap ia meringankan beban yang ditanggung keluarga berkenaan.

"Ketua penolong amil kariah telah hadir bagi menyalurkan bantuan kecemasan bencana bagi meringakan beban yang ditanggung. Semoga mereka tabah menghadapi dugaan dan ujian di bulan mulia ini.

"Terima kasih pengeluar zakat di Lembaga Zakat Selangor. Terus membantu dengan menunaikan zakat di fpx.zakatselangor.com.my. Sedikit daripada anda, segalanya buat mereka," tulis LZS di Facebook.

Pada 17 April, bahagian belakang kediaman mangsa terbakar sebelum merebak dengan pantas keseluruh  rumah namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Untuk sementara waktu, keluarga ini terpaksa berlindung di rumah penduduk kampung.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.