ad
BERITA UTAMA

MPHS semai 13,000 pokok bunga loceng gurun, catat rekod MBOR

19 Apr 2024, 2:40 PM
MPHS semai 13,000 pokok bunga loceng gurun, catat rekod MBOR

SHAH ALAM, 19 APRIL: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) menerusi penanaman 13,000 pokok bunga loceng gurun di Kebun Komuniti Berpusat, Bukit Beruntung, kelmarin.

Program anjuran Jabatan Landskap MPHS sempena sambutan bulan World Landscape Architecture Month (WLAM) itu melibatkan 170 individu terdiri daripada kakitangan, wakil agensi kerajaan dan komuniti daerah.

“Menariknya, semaian 13,000 benih pokok bunga loceng gurun atau nama saintifiknya Ruellia Simplex merupakan simbolik kepada 13 mukim yang ada dalam Hulu Selangor,” katanya di Facebook.

Program berkenaan disempurnakan Penolong Setiausaha MPHS Shaiful Rizza Piamin dan turut dihadiri wakil Jabatan Landskap Negara dan pihak MBOR.

Menurut MPHS, proses semaian selama lebih 8 jam bermula jam 7.30 pagi itu berbaloi apabila menerima pengiktirafan penganjuran program semaian pokok Ruellia Simplex paling banyak di Malaysia.

“Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Tanpa anda semua program ini tidak akan berjaya,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.