ad
AGENDA

Wakil rakyat ziarah bekas wartawan ‘terjah’ derita sakit jantung

18 Apr 2024, 10:00 AM
Wakil rakyat ziarah bekas wartawan ‘terjah’ derita sakit jantung
Wakil rakyat ziarah bekas wartawan ‘terjah’ derita sakit jantung

SHAH ALAM, 18 APRIL: Penderitaan dialami bekas wartawan penyiaran program hiburan popular, Nas Ahmad akibat sakit jantung mendapat perhatian Ahli Dewan Negeri Kota Damansara.

Muhammad Izuan Ahmad Kasim menghulur bantuan barangan asas kepada pemilik nama lengkap Md Nasir Ahmad, 62, di kediamannya dekat Pangsapuri Latan Biru, Seksyen 8, Kota Damansara semalam bagi meringankan bebannya.

“Tengah hari semalam saya bersama Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) Selangor dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkunjung untuk melawat abang Nas Ahmad.

“Niat asal kami untuk melawat sebelum Aidilfitri tapi ada aral mendatang, jadi kami melawat abang Nas semalam,” tulisnya di laman X hari ini.

[caption id="attachment_638359" align="alignnone" width="912"] Ahli Dewan Negeri Kota Damansara Muhammad Izuan Ahmad Kasim (tengah) menziarahi bekas wartawan penyiaran program hiburan popular Nas Ahmad (kiri) yang menderita penyakit jantung di Pangsapuri Latan Biru, Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya pada 17 April 2024. Foto X Izuan Kasim[/caption]

Izuan memaklumkan bekas hos program hiburan popular, Melodi itu terpaksa hidup secara sederhana susulan penyakit dihidapinya, yang difahamkan sejak 2022.

“Namun kini, abang Nas bagai ayam diasak malam. Sejak menghidap penyakit jantung, abang Nas kini hidup secara sederhana.

“Mujur ada pihak Perkeso dan LZS. Pelbagai bantuan dalam bentuk nasihat, kewangan dan insentif diberikan kepada beliau,” katanya.

Berita mengenai kesihatan Nas mula diperkatakan selepas pengacara popular, Ahmad Fedtri Yahya membuat perkongsian dalam laman sosial pada Januari tahun lalu.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.