ad
AGENDA

Menteri: KPKM tidak lindungi pihak terlibat kegiatan kartel padi, beras

15 Apr 2024, 8:15 AM
Menteri: KPKM tidak lindungi pihak terlibat kegiatan kartel padi, beras

KUALA LUMPUR, 15 APRIL: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menegaskan tidak akan melindungi jika ada mana-mana pihak yang didapati terlibat dengan kegiatan kartel padi dan beras di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu menjelaskan perkara itu dalam hantaran di laman Facebook beliau hari ini berikutan pertanyaan oleh sesetengah pihak mengenai isu tersebut baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau berkata KPKM sentiasa bersedia menyalurkan sebarang maklumat kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sekiranya benar wujud kartel padi serta beras dan tidak akan mencampuri sebarang urusan siasatan oleh MyCC.

“Antara skop tugas MyCC ini adalah menyiasat kewujudan kartel dalam ekonomi negara kita.

“Soalan ni saya dah jawab beberapa kali sebelum ini tapi mungkin mereka terlepas pandang. Moga penjelasan ini dapat memberikan pencerahan kepada semua,” katanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.