ad
AGENDA

LUAS keluar panduan urus sisa rumah terbuka, elak gangguan bekalan

15 Apr 2024, 5:00 AM
LUAS keluar panduan urus sisa rumah terbuka, elak gangguan bekalan
LUAS keluar panduan urus sisa rumah terbuka, elak gangguan bekalan

SHAH ALAM, 15 APRIL: Warga Selangor yang ingin menganjurkan rumah terbuka sempena Aidilfitri disaran mengikuti panduan dikeluarkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bagi mengelak berlakunya gangguan bekalan air ketika musim perayaan.

Menurut agensi itu mereka yang mengadakan majlis berkenaan perlu menguruskan sisa buangan sama ada cecair atau pepejal dengan baik agar masalah gangguan bekalan air dapat dielak.

“Mereka perlu memastikan sisa makanan dan sampah pepejal dikumpul dan dibuang ke tempat pelupusan sampah untuk dilupuskan pihak berkuasa bagi mengekang pencemaran.

“Selain itu, pembuangan sisa makanan dan sampah ke dalam sungai adalah dilarang sama sekali kerana boleh menyebabkan pencemaran sungai yang mendorong kepada masalah gangguan air di musim perayaan,” katanya menerusi hebahan di Facebook.

Menurut LUAS minyak masak yang telah digunakan juga hendaklah dikumpulkan dan dibawa ke pusat kitar semula untuk mengelakkan pembuangannya ke dalam sinki atau longkang.

“Sekiranya anda melihat sebarang aktiviti mencurigakan yang berpotensi mengakibatkan permasalahan sumber air boleh hubungi Luas menerusi talian 03-55111800 atau 0192647904 (WhatsApp),” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.