ad
BERITA UTAMA

Jualan mega Aidilfitri Kohijrah manfaatkan lebih 3,000 penduduk

12 Apr 2024, 7:07 AM
Jualan mega Aidilfitri Kohijrah manfaatkan lebih 3,000 penduduk
Jualan mega Aidilfitri Kohijrah manfaatkan lebih 3,000 penduduk

SHAH ALAM, 12 APRIL: Lebih 3,000 pengunjung menerima manfaat penganjuran Jualan Mega Ehsan Aidilfitri seliaan Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah) minggu lalu.

Pengurus besarnya berkata program itu diadakan di laman niaga usahawan Kohijrah Seksyen 15, tapak Pasar Ramadan Taman Banting Baru, Morib; Rumah SelangorKu Alam Budiman dan Wisma Kohijrah di Seksyen 32, dekat sini.

“Program berjalan dari 3 hingga 7 April untuk memudahkan orang ramai mendapatkan keperluan raya pada harga rendah berbanding pasaran.

[caption id="attachment_631353" align="alignleft" width="338"] Pengurus Besar Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah), Mohammad Syukri Ismail[/caption]

“Penganjuran ini mencatatkan nilai transaksi lebih RM50,000 dengan 2,500 ekor ayam habis dijual selain 2,500 kilogram daging, telur 2,500 papan serta 3,000 kampit beras,” kata Mohammad Syukri Ismail kepada Selangorkini.

Sempena Aidilfitri ini, Kerajaan Negeri menganjurkan Jualan Ehsan Rahmah besar-besaran di 18 lokasi terpilih bagi memudahkan golongan berpendapatan rendah menyediakan kelengkapan raya.

Selain Kohijrah, jualan murah barangan asas itu turut mendapat kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) serta Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata lima barangan utama iaitu ayam, daging, telur, minyak masak dan beras akan dijual pada harga bersubsidi melibatkan peruntukan sebanyak RM296,439.

Pada program berkenaan, ayam dijual RM10 seekor, daging segar (RM35/sekilo (kg) daging beku (RM10/kg), telur (RM10/sepapan), minyak masak (RM35/lima kg) dan beras (RM13/lima kg).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.