ad
AGENSI

Hijrah tawar usahawan pembiayaan beli aset niaga, ubah suai premis

11 Apr 2024, 3:30 PM
Hijrah tawar usahawan pembiayaan beli aset niaga, ubah suai premis
Hijrah tawar usahawan pembiayaan beli aset niaga, ubah suai premis

SHAH ALAM, 11 MAC: Usahawan di negeri ini yang memerlukan modal untuk mengembangkan perniagaan dipelawa memohon skim pembiayaan i-Bisnes.

Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) memaklumkan agensi itu menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada usahawan untuk pembelian aset dan pengubahsuaian premis perniagaan.

“Tawaran Skim Pembiayaan i-Bisnes sehingga RM 50,000. Untuk permohonan, boleh mohon di https://mikrokredit.selangor.gov.my.,” katanya di Facebook.

Selain skim i-Bisnes, Hijrah turut menawarkan skim i-Bermusim, skim Niaga Darul Ehsan (NaDI), skim Go Digital dan skim Zero To Hero.

Pada 20 Mac, Ketua Pegawai Eksekutif Hijrah Selangor Dato’ Mearia Hamzah berkata 88,653 pembiayaan diberi kepada 59,508 peminjam membabitkan keseluruhan berjumlah RM797 juta sejak 2015.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.