ad
AGENDA

Turkiye sekat eksport bahan api penerbangan, minyak bermotor ke Israel

9 Apr 2024, 11:30 AM
Turkiye sekat eksport bahan api penerbangan, minyak bermotor ke Israel

ISTANBUL, 9 APRIL: Turkiye telah mengenakan sekatan ke atas eksport bahan api penerbangan dan minyak motor ke Israel berikutan tindakannya di Semenanjung Gaza, menurut Kementerian Perdagangan Turkiye pada Selasa, lapor Sputnik.

Kementerian telah menerbitkan senarai 54 kumpulan barangan yang eksportnya akan dihadkan. Ia termasuk bahan api penerbangan, minyak motor dan mineral, simen, pelbagai alat mesin serta barangan seperti simen dan marmar, antara lain.

Pada Isnin, Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan berkata Ankara telah memutuskan beberapa langkah baharu terhadap Israel berhubung operasi ketenteraannya di Semenanjung Gaza dan akan mengumumkannya tidak lama lagi.

-- BERNAMA-SPUTNIK

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.