ad
AGENSI

Permohonan bantuan beg sekolah, alat tulis Yawas mula 15 April

9 Apr 2024, 2:52 AM
Permohonan bantuan beg sekolah, alat tulis Yawas mula 15 April
Permohonan bantuan beg sekolah, alat tulis Yawas mula 15 April

SHAH ALAM, 9 APRIL: Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) membuka permohonan bantuan set beg sekolah dan alat tulis 2024 bermula 15 April hingga 3 Mei.

Agensi itu memaklumkan program berkenaan khas untuk 125 penerima bagi setiap 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang menepati beberapa kriteria termasuk fakir atau miskin yang menetap di negeri ini.

“Kriteria lain termasuk pemohon bukan ahli program Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) dan bukan penerima program ‘Back to School’ dari Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

“Selain itu anak yatim kematian ibu atau ayah serta ibu atau bapa adalah pengundi Selangor,” katanya di Facebook.

Menurut Yawas permohonan boleh dilakukan di pejabat DUN atau pejabat penyelaras DUN sekitar Selangor.

“Makluman kepada penerima yang layak adalah menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dan penebusan menggunakan aplikasi Yawas sepenuhnya,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.