SHAH ALAM, 9 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan hujan dan ribut petir melanda Selangor petang esok.
Menurut METMalaysia cuaca sama diramal berlaku di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak.
Pada waktu pagi pula, cuaca diramal cerah di negeri ini. Manakala, ribut petir dan hujan berlaku di kebanyakan tempat di Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu.
Pada waktu malam pula, ribut petir dan hujan dijangka melanda beberapa tempat di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Sarawak.
METMalaysia turut menjangka ribut petir dan hujan di beberapa tempat pada petang Khamis ini di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Johor, Pahang dan Sarawak.
Pada waktu pagi pula, ribut petir dan hujan dijangka di beberapa tempat di Johor dan Pahang. Sementara sebelah malam pula, keadaan sama berlaku di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Sarawak.
Orang ramai boleh merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk maklumat lanjut.